Wednesday 2 May 2012

Zayn Malik Bukan Siapa Siapa



Pada tanggal 12 Januari 1993, telah lahir seorang bayi di tengah tengah bandaraya Bradford. Seorang bayi yang dikatakan bakal membawa sinar kejayaan. Zayn Javadd Malik, atau lebih senang dikenali dengan nama Zayn Malik. Dia sebenarnya takdak kaitan langsung dengan Ziana Zain, Anuar Zain, Malik Noor, Malik Maidin mahupun apam balik. Yang ada kena mengena dengan budak Zayn ni ialah One Direction atau Wonne Direction (versi tamil) aje sebenarnya.

Seperti budak budak lain, Zayn Malik lahir dalam keadaan normal. Cuma satu sahaja yang tak normal, Zayn Malik dikatakan mula menindik telinga sejak berumur 2 tahun lagi. Dan sepanjang dia hidup, hanya dua kali sahaja dia menanggalkan tindik di telinganya itu. Pertama ketika dia terpaksa membedah telinga kerana tersumbat labah labah dalam telinga. Satu lagi ketika majlis pertunangan abangnya, Zayn Mydin. Lain lain hari, dia tidak akan sesekali menanggal tindiknya itu. Baginya, tindik telinga itu sangat seksi. Celah mana yang seksi pun gua tak tahu.

Zayn Malik tidak bersekolah. Malah, dia tak pernah kenal pun apa itu sekolah. Baginya, tak berbaloi belajar ilmu ilmu dunia ni, baik belajar ilmu ilmu akhirat seperti ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tajwid. Masanya banyak dihabiskan bersama geng geng gay onne directionnya yang lain iaitu, Louis Tomlinson, Liam Payne, Niall Horan dan Harry Styles. Siapa cakap gua kenal Zayn Malik je? Siapa kabor? Mereka lebih gemar lepak di pusat pusat hiburan dan bermain arcade. Mereka jugak suka berkaraoke. Kadang kadang, ada jugak mereka terserempak dengan Mus May dan Rahmat Ekamatra yang turut sama berkarok.

Walau pun tak bersekolah, Zayn Malik memiliki ramai kenalan perempuan. Zayn Malik dikatakan sangat popular di fesbuk kerana dia gemar ambik gambar sendiri sambil posing ala ala gay depan camera. Sebelum dia terjebak dalam dunia nyanyian, maksud gua, dunia miming lagu atas stage, Zayn Malik terlebih dahulu telah mendapat tawaran untuk menjadi model dalam majalah gay iaitu Boyz Magazine di UK. Dia dikatakan sangat seksi dan memiliki tubuh ala ala Elton John gitu. Namun, apa kan daya, Zayn Malik tolak mentah mentah, kerana dia tahu itu semua kerja yang tidak sihat dan kurang menguntungkan. Lebih baik dia menceburkan diri dalam bidang miming lagu atas stage, lagi untung dan dapat popular dengan segera.

Perempuan mana yang tidak basah tengok Zayn Malik yang jambu lagi seksi? Lagi lagi bila dapat tengok badan Zayn yang tak berapa nak ketul tapi tetap anggun tu. Omnomnom. Mohon dilancarkan dokumentari khas tentang Zayn Malik seperti Justin Bieber : Never Say Never. Gua syak, akan meningkat kes penceraian di muka bumi ni sebab geng geng Makcik Bedah dengan Makcik Selamah pun minat si Zayn ni.    

No comments:

Post a Comment