Sunday 13 May 2012

Kisah Ibu.

Salam 1Belog! serta Salam Hari Ibu buat ibu ibu sedunia!


Gua rasa sudah puas gua kabo pasal awek Kedah tu. Sekarang gua nak kabo pasal ibu pulak.

Gua bercita cita nak kabo pasal ibu gua. Namun gua yakin sepurnama pon belum tentu kisah gua tu siap kerna terlalu maha banyaknya pengorbanan ibu gua kepada gua. Takpalah. Bia gua kabo pasal ibu sahaja buat semua ibu di dunia ini. Bermulalah kalam gua. Nikmatilah dengan bertemankan gambar ibu anda ketika baca entri ini.

Tahukah anda sakit perit seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak yang telah dikendongnya selama 9 bulan tanpa lelah dan keluhan. Saat seorang anak itu dilahirkan saat itulah seorang ibu berasa gembira yang maha tinggi sehinggakan segala perit yang dialaminya sebentar tadi hilang bersama dengan peluh yang meleleh di dahinya. Di saat itu berbisik di dalam hatinya berdoa semoga anak yang dilahirkannya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

Seorang anak itu di jaga bagai menatang minyak yang penuh sehinggakan seekor nyamuk pun dilarang untuk bertandang ke tubuh kita yang disaat itu putih gebu seperti kapas. Saat kita merengek menangis ibu dengan perasaan kasih sayang mendukung kita dan mengusap kita dengan penuh kasih sayang. Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak kerenah kita yang sudah pasti dilayan sahaja oleh ibu kita tanpa sebarang bantahan mahupun larangan. Setiap kali kita terjatuh akibat tersungkur pada batu, ibu berlari lari anak mendapatkan kita yang di saat itu dalam tangisan. Demi menenangkan hati kita batu itu yang ibu marah. Masih ingatkah anda kejadian itu? Masih ingatkah anda kejadian di mana kita menangis tidak membenarkan ibu pergi kerja mencari nafkah? Keran ktidaksampaian hati ibu untuk meninggalkan kita ibu sanggup lewat ke kerja semata mata untuk melenakan kita agar dia tidak sebak melihat anaknya menangis di saat dia ingin pergi kerja. Bagi seorang ibu, anakla segala galanya bagi dia. Biar hilang nyawa jangan hilang anak itulah prinsip yang sentiasa di sematkan di dalam hati seorang wanita yang bergelar ibu.

Namun, semakin kita meningkat dewasa kita sudah pandai untuk melawan kata kata ibu kita. Walaupon ada seketika kata kata kita mengguris hati ibu namun ibu hanya mendiamkan diri dan mencampakkan jauh jauh perasaan kecil hati itu atas dasar kasih sayang kepada anaknya. Ingatkah kita di saat kita menginginkan robot transformers mahupon patung barbie? Ibu tidak menghalang mahupon membantah permintaan kita malah dikotakan permintaan kita itu. Tetapi mengapa apabila ibu menginginkan secawan air kosong kita sanggup mengingkar arahan itu hanya kerna ingin menonton super spontan sedangkan air kosong itu hanya tidak sampai 5 meter pon jauhnya di dapur. Sedarkah anda di saat itu ibu tidak mengungkit pun sedikit hal tentang permintaan kita di masa lampau? Itulah kasih ibu. Tidak pernah mengungkit kerna dia tidak mengharapkan balasan dari anaknya cukuplah sekadar doa dan menjadi anak yang soleh.

Benar apa orang kata. Mengapa perlu ada Hari Ibu sedangkan bagi mereka setiap hari adalah hari ibu. Tapi adakah setiap hari anda menghargai ibu anda? Jika tidak di Hari Ibu inilah anda perlu tunjukkan penghargaan anda kepada ibu anda.  Ingatlah, hanya ada satu ibu di dunia ini dan percayalah tiada siapa mampu menggantikan ibu kita. Sentiasalah mengirimkan doa kepada ibu kita tidak kira di mana sahaja kita berada.

Ingatlah, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Jika anda masih tidak nampak syurga di bawah kaki ibu itu bermakna anda belum lagi menjadi anak yang baik kepada ibu anda. Paham2kanlah ye statement tu. Sekian. Akhir kalam daripada saya Selamat Hari Ibu.


p/s = I love you mama!

-Brader Yar


Baru geletek sikit dah melatah.

Salam 1Belog semua. Sudah lama gamaknya gua tak post entri dekat belog maha puaka ni. Hari ini gua ada cerita yang ingin gua sampaikan. Macam biasalah cerita gua berdasarkan observation gua pada sekeliling alam yang maha indah ini. Okay, cerita gua berkisarkan manusia yang baru di provok sikit dah mula nak main pukul pukul, bawak gang satu lori jumpa belakang sekolah lepas tu main hempuk hempuk. Golongan manusia sebeginilah yang gua katakan 'Baru geletek sikit dah melatah'

Korang semua pasti tau ayat ayat brader brader puaka yang maha jilaka ini macam manakan. Di alam maya memang brader brader yang bajang macam kitaorang ni ayat ayatnya pasti menususk gall bladder dan mengandungi nilai sarkastik, sarcasm, sarkas, dan  sarbarudin yang maha tinggi. Memang sudah begitu lumrah kehidupan brader brader ni so bagi mereka yang tidak boleh terima harap jangan bercita cita untuk menatap entri entri kami. Salah satu medium yang menjadi lubuk mahupun sarang bertenggeknya brader2 puaka ini adalah di laman soooooooooSIAL twitter. Jikalau ada yang melihat tweet brader brader ini, segalanya menggunakan bahasa sinis, penis dan testis. Memang itulah gayanya seorang 'abang'.

Satu hari, gua telah mengeluarkan satu statement yang agak kasar dan lagi maha jilaka. Dan gua memang sedari statement itu pasti mengguris hati dan jantung sepasangan ini. Memang jilaka macam gua ni tak pikir perasaan orang sebab gua ni pon takda perasaan. So, gua pon tak tahu menahu macam mana statement gua tu boleh sampai kepada sepasangan itu yang gua tak mensi pon malah mereka pon tiada twitter. Gua pasti ada balaci yang membalacikan statement gua kepada sepasangan tersebut dan gua yakin sang balaci itu juga baca belog puaka ini. Tidak semena menanya berlakulah sedikit discussion antara gua dengan sepasangan tersebut dan gua dengan perasaan rendah diri dan bersalah gua pon mohon seribu ampun kepada sepasangan tersebut.

Yang menggelikan hati gua ialah, statement yang gua bangkitkan itu merupakan statement common yang melambak gua tengok dilaman twitter itu dan di laman laman sesawang yang lain. Gua baru keluarkan statement sebegitu dah mula nak main pukul pukul. Gua paham mungkin nak back up relationship gamaknya. Tapi bagi gua bergaduh kerana cinta sehingga merembeskan darah di saat dia bukan pon bini lu merupakan perkara yang bangang lagi jilaka malah maha bajingan bagi sesiapa yang melakukannya. Jika merasa terlalu matang gunakanlah alternatif lain. Bukan beradu tenaga yang maha lemah itu demi sesuatu yang belum tentu milik mu dan mungkin juga bukan milik mu.

So saranan gua dizaman kapitalis modenisasi ini, bukalah minda anda ke arah transformasi bak kata akak Arin. Akhir kalam, Gua baru geletek sikit dah melatah. Sekian.

P/S = balaci ialah pengadu atau informer yang jilaka. Kisah di atas tiada kena mengena dengan mana mana student dekat area cyber. Kalo sepasangan tu baca kalo ni pon terasa gua tak tahu nak cakap ape lagilah. Ahak.

- Brader Yar.

Sunday 6 May 2012

Ini Bukan Pengakhiran Buat Liverpool



Semalam gua bersesak sesak di bus stop berhadapan KLCC untuk mendapatkan bas bagi menunaikan sebuah janji. Gua janji nak balik rumah bagi menyaksikan final FA Cup bersama adik gua yang juga hardcore Liverpool. Itu jam, gua bersama seorang kawan baik.

Sampai sampai rumah, gua dengan semangat mandi mandi dan bersiap sedia menyarung jersi kelab kesayangan yang gua sanjung sejak 13 tahun dulu. Lu orang boleh kira kira berapa umur gua sekarang. Buat apa nak lepak mamak kalau rumah gua ada HD yang super clear? Jerawat Suarez dan bulu kaki Gerrard pun gua boleh nampak dengan jelas, siap boleh main kira kira lagi.

Awal awal lagi, gua dah dapat rasakan bahawa dua siamang peliharaan Chelsi iaitu Ramires dan Drogba seperti ada aura yang luar biasa dan wisel ditiup tanda sepak mula.

Well, gua dikejutkan dengan goal awal oleh si beruk Ramires seawal minit ke 11. Gua akui, memang silap pemain Liverpool yang begitu leka. Spearing terlepas bola, Enrique pulak seolah olah hilang punca. Reina, seorang goalie yang kini berada di hujung zaman kegemilangannya. Akhirnya, Chelsi lead a goal to nil until end of first half dan gua separuh gila itu jam. Dari sofa ke lantai, lantai ke sofa, dari ruang tamu ke dapur, lalu masuk pulak ke bilik bagi mengupdate twitter. Cilaka.

Start je second half, giliran Drogba si siamang Ivory Coast pulak menyumbat goal. Memang tepat ramalan gua, Drogba ni bahaya sebab dia selalu goal time time final macam ni. Drogba pulak memang banyak kali jadi pemusnah Liverpool tak kira dalam liga, mana mana cup, hatta sejak dia bermain di Marseille dulu pun dia dah mula berkecimpung dalam arena pemusnah Liverpool. Goal kedua memang tak sangka sangka, Reina sepatutnya boleh save bola tu, tapi disebabkan faktor usia barangkali, bola tu bergolek masuk dengan mudah. Mulut gua dah menyumpah nyumpah itu jam.

Big Andy masuk menggantikan Spearing. Dalam hati gua, " Carroll, please do something ". Sungguh gua berharap.

Tackle yang bersih daripada Downing, melorong bola kepada Carroll di hadapan goal. Carroll menyilangkan kaki memperdayakan Terry, si kapten racist. Dengan kaki kiri, Big Andy melepaskan sepakan padu terus ke gawang Chelsi. Cech terkedu, dan kedudukan 2-1. Gua menari menenagkan hati walaupun gua tahu masih belum boleh untuk bergembira. Permainan berbaki 25 minit dan asakan demi asakan terus diberikan oleh Liverpool kepada Chelsi. Player berbaju biru pulak hilang punca itu jam gua tengok sebab Liverpool yang control game dengan corak permainan yang mula bercambah.

" Come on Liverpool ! Come on ! ", itulah jeritan gua secara live dari Ampang.

Kelihatan penyokong Liverpool dan Kenny Dalglish di stadium jugak melaungkan kata kata yang sama untuk menaikkan semangat adiwira adiwira Liverpool di atas padang. Lagu Field of Anfield Road pulak tak payah cakap, sentiasa bergema sejak minit pertama perlawanan lagi.

Final final macam ni, kalau tak timbul kontroversi, memang tak syoklah gua syak. Minit ke berapa, gua lupa nak tengok masa time tu, cross cantik melengkung yang dilakukan oleh Suarez disambut dengan tandukan padu oleh Carroll tepat ke gawang Chelsi. Cech dengan pantas menampan bola keluar semula sebab dia tahu bola tu memang dah melepasi garisan. Penjaga garisan mengesahkan bahawa goal itu tidak dikira dan situasi menjadi tegang. Suarez dikenakan kad kuning kerana membantah keputusan referee. Tapi, bila tengok ulang tayang, memang goal tandukan Carroll tu, bola memang dah lepas line. Cilaka, bila jadi macam ni, semua nak rujuk law yang dikeluarkan oleh FIFA pasal goal ke tak goal. Gua perati sebelum ni, kalau jadi macam situasi ni, memang akan kira goal tak kesahlah team apa sekali pun terutamanya Menyu. Gua gila babi punya sedih itu jam.

Wisel penamat, kelihatan Lampard, Terry dan Drogba menari nari. Gerrard pulak menangis. Sedih gua, kecewa gua. Gua pujuk diri dengan mengatakan Liverpool takde rezeki. Ini bukan pengakhiran buat Liverpool, kekalahan macam nilah yang menjadikan Liverpool lebih kuat masa akan datang. Gua pun tak sanggup nak curang dengan Liverpool, 13 tahun tu gua syak boleh buat 3 4 orang anak jugaklah. Nasib baik Liverpool ni bukan golongan makwe. Keep The Faith and You'll Never Walk Alone.