Thursday 3 May 2012

NING Baizuri dan vokalis band GIGI

Di sebuah tempat yang di kelilingi bangunan bangunan pencakar langit, terdapat dua orang musibat yang sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak berhampiran dengan pusat kareoke berhadapan dengan kedai emas jalan ampas. Mereka kelihatan sungguh akrab dan intim namun mereka bukanlah pengamal homoseksual yang jilaka. Seorang daripada mereka berambut lebat dan berKENING nipis dan seorang lagi yang duduk berhadapan dengannya memiliki GIGI yang amat cantik. Mereka kelihatan seperti sudah lama berkawan dan mungkin menjalin hubungan yang lebih akrab lagi. Merekalah si NING baizuri dan vokalis band GIGI.

Mereka merupakan sahabat baik dan telah memenangi anugerah best buddies dalam satu event anugerah kecemerlangan pelajar di sekolah tamil simpang lima. Persahabatan mereka terlalu utuh sehinggakan tiada apa pun mampu menggeletarkan tali persahabatan mereka. Mereka juga terkenal dengan sifat bahana dan puaka mereka iaitu memuji. Mereka terlalu hebat dalam memuji sehinggakan seorang sahabat mereka yang berasal dari timur zimbabwe sering terasa dengan pujian mereka yang melambung tingginya. Namun, benar kata orang orang tua 'sahabat baik kita juga adalah musuh ketat kita'.

Pada suatu hari, GIGI melayari laman sosial tweetok dan menjalankan rutin sehariannya dengan meneweet ayat ayat pujian yang indah dan suci di timelinenya.NING pada saat itu keluar menelaah pelajarannya di perpustakaan negara sebelah tesco jalan ampangan.Niat GIGI hanya ingin bergurau, dan dia telah memuji NING di timelinenya dengan mengatakan bahawa NING mempunyai kening yang amat cantik. Perkara itu diketahui oleh ramai sahabat sahabat mereka dan mereka juga mengujahkan pujian itu apabila bertemu NING. NING berasa hairan dengan gelagat sahabat sahabat dia yang memuji keagungan keningnya yang maha mulia dan akhirnya dia mendapat tahu bahawa yang memulakan pujian ini adalah GIGI.

Tanpa berfikir pnjang, NING terasa hati dengan pujian yang telah di madahkan oleh GIGI. NING berasa marah dengan apa yang berlaku dan lantas mengisytiharkan Silent Treatment ke atas GIGI. GIGI agak menyesal dengan apa yang berlaku dan cuba untuk meminta maaf kepada NING namun kerana keegoan yang terlalu tinggi seperti bukit broga GIGI tidak meminta maaf malah membiarkan sahaja NING terluka dan kecewa. Sejak daripada saat itu mereka tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertentang mata. Jika NING di utara maka di selatanlah GIGI akan duduk. Begitulah keadaan mereka hingga sekarang.

Persahabatan yang dulunya utuh, kukuh, suluh, dan buluh retak pecah hanya disebabkan oleh kata kata yang maha tinggi nilainya hingga mampu menusuk jiwa raga sanubari seseorang manusia. GIGI sudah nekad untuk tidak lagi memuji NING di masa hadapan dan NING pula menerima segalanya dan berharap agar GIGI memohon maaf kepadanya kerna dia sudi untuk menerima GIGI semula. Namun di atas keegoan seseorang dalam diri masing masing telah menghalang mereka untuk menjalin semula hubungan yang telah retak itu. Sama sama kita doakan agar hubungan mereka terjalin semula.

- Brader Yar

p/s : kisah ini hanya rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupon yang sudah mati. Pujian dalam entri di atas adalah bermakna bahanan atau membahan.

No comments:

Post a Comment