Wednesday 2 May 2012

Mukaddimah

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Bersatu dari Negara Negara Bersatu Afrika telah menitahkan gua agar membuat sebuah blog yang power lagi maha ekselan. Maka dengan itu semalam gua telah bermimpi akan seorang wanita gemuk cantik yang datang memberi pembayang kepada gua. Kata perempuan itu " hendaklah kamu menamakan belog kamu itu dengan nama nama yang baik seperti Belog Brader Brader ". Gua terjaga daripada tidor lantas berpeluh peluh. Gua terus membuka laptop, dan terus create akaun blog yang baru. Tanpa berfikir panjang yang bakal membuatkan gua stress mengalahkan Alex Ferguson yang tewas di tangan Roberto Mancini, gua pun menamakan belog ini dengan nama, Belog Brader Brader.

Dalam Belog Brader Brader atau lebih ringkas, 3B, gua akan berkolaborasi dengan seorang lagi puaka yang berasal dari ceruk hutan belangkas Klang Bandaraya Hitam yang dikenali sebagai Brader Yar (Tayar). Pada asalnya, idea penubuhan blog ini merupakan idea Brader Yar sendiri. Dia dikatakan dengan angkuh mahu membuat blog dan mahu bergerak sendiri, padahal tak pernah terjebak dengan dunia blog pun. Kakaka. Maka dengan itu, gua, Brader Fai datang dengan ikhlas ingin menghulur bantuan. Gua cadangkan agar kami berdua beradu tenaga dalam usaha memajukan belog yang baru nak up ni. Brader Yar setuju tanpa sebarang bantahan. Partner macam ni yang gua nak. Kehkeh.

Ekceli, gua dah dapat hidu bau bau puaka si Brader Yar ni dah lama dah. Melihat pada gaya twit twitnya di twitter yang saling tak tumpah gaya abang abang, gua rasa, dia ni boleh pergi jauh dalam dunia penulisan. Katanya, banyak benda yang nak dikaryakan. Kita tengok, kita tengok. Amaran, gua tak jamin belog ni nais nais belaka sebab gua yakin akan ada unsur unsur sarkastik, perlian, cacian, makian, berlian dan serbuk jintan. Jadi, tabahkan hati, bukak minda anda, tarik nafas dan hembus.

-Brader Fai

No comments:

Post a Comment