Wednesday 2 May 2012

Hana Tajima vs Hana Tajadi.



Salam 1belog!

Gua ada benda nak kabo kat engkorang ni. Gua yakin lu orang semua mesti kenal sapa itu Hana Tajima dan korang mesti tertanya tanya sapa itu Hana Tajadi? haaa. ini yang gua nak kabo sebenarnya. dalam dunia yang maha luas ini hanya ada seorang sahaja insan, gadis, wanita, perempuan atau perawan yang bernama Hana Tajima namun terdapat ramai  insan, makhluk, gadis dan yang sewaktu dengannya yang digelar Hana Tajadi.

Ape yang gua nak kabo ialah Hana Tajima amat terkenal disetiap pelusuk dunia hingga ke pelusuk jamban sekalipon oleh kerana gaya tudung yang ditampilkan oleh beliau. Memang tidak dinafikan atau dibantah gaya tudung beliau memang bergaya dan cantik ibarat bulan di kelilingi bintang di tengah malam sunyi di tepi sungai kelang.haha. namun, apa yang menggelikan hati gua adalah ada segelintir insan yang cuba mengadaptasikan gaya itu terhadap diri mereka akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Seperti yang gua lihat semalam di midveli. kiri kanan depan belakang atas dan bawah boleh dikatakan semuanya ala ala Hana Tajima dan gua tak nafikan ada sesetengah yang memang lawa. sayang seribu kali sayang ada sesetengah daripada mereka itu yang gua lihat seperti minah rempit yang eksiden di jalan ampang yang cedera di kepala akibat terhentak di papan tanda berhenti di hadapan petronas jalan ampang. haha. lilit kemain lagi dekat kepala tu kalo boleh nak bagi nampak macam ninja dalam ninja assasin pulak. haha. mereka inilah yang gua gelar Hana Tajadi!. gua yakin dorang ni dulu budak pengakap sebab budak pengakap memang mahir bab lilit lilit ni. haha.

Gua bukan nak kutuk ke ape, gua nak kabo je. gua tak halang pon bukannya gua marah pon dorang pakai macam tu. itu adalah hak asasi masing masing. gua cuma heran dengan gaya dorang ni yang macam nak membunuh diri dengan cara yang maha siksa. gua takot lemas je tengok dorang tu. mane tau esok keluar metro 'seorang wanita mati lemas di alamanda kerana lilitan di kepala' ataupon 'lilitan memakan diri' haha. so, gua nak kabo kat sini nak lilit tu simple2 sudehhh. memang ade yang gua tengok agak lawa menggayakan gaya yang maha siksa ini. namun jangnlah terlalu menggayakan hingga menyeksa sanubari dan jiwa raga diri sendiri mahupon orang yang melihatnya.

Gua rasa itu saja yang gua nak kabo. gua mohon takde yang terasa kalo ade yang terasa padan muka. haha. sekian saja madah daripada gua. teruskanlah perjuangkan gaya tudung yang maha siksa ini. renungkan dan selamat temenung.

-Brader Yar

No comments:

Post a Comment