Sunday 13 May 2012

Kisah Ibu.

Salam 1Belog! serta Salam Hari Ibu buat ibu ibu sedunia!


Gua rasa sudah puas gua kabo pasal awek Kedah tu. Sekarang gua nak kabo pasal ibu pulak.

Gua bercita cita nak kabo pasal ibu gua. Namun gua yakin sepurnama pon belum tentu kisah gua tu siap kerna terlalu maha banyaknya pengorbanan ibu gua kepada gua. Takpalah. Bia gua kabo pasal ibu sahaja buat semua ibu di dunia ini. Bermulalah kalam gua. Nikmatilah dengan bertemankan gambar ibu anda ketika baca entri ini.

Tahukah anda sakit perit seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak yang telah dikendongnya selama 9 bulan tanpa lelah dan keluhan. Saat seorang anak itu dilahirkan saat itulah seorang ibu berasa gembira yang maha tinggi sehinggakan segala perit yang dialaminya sebentar tadi hilang bersama dengan peluh yang meleleh di dahinya. Di saat itu berbisik di dalam hatinya berdoa semoga anak yang dilahirkannya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

Seorang anak itu di jaga bagai menatang minyak yang penuh sehinggakan seekor nyamuk pun dilarang untuk bertandang ke tubuh kita yang disaat itu putih gebu seperti kapas. Saat kita merengek menangis ibu dengan perasaan kasih sayang mendukung kita dan mengusap kita dengan penuh kasih sayang. Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak kerenah kita yang sudah pasti dilayan sahaja oleh ibu kita tanpa sebarang bantahan mahupun larangan. Setiap kali kita terjatuh akibat tersungkur pada batu, ibu berlari lari anak mendapatkan kita yang di saat itu dalam tangisan. Demi menenangkan hati kita batu itu yang ibu marah. Masih ingatkah anda kejadian itu? Masih ingatkah anda kejadian di mana kita menangis tidak membenarkan ibu pergi kerja mencari nafkah? Keran ktidaksampaian hati ibu untuk meninggalkan kita ibu sanggup lewat ke kerja semata mata untuk melenakan kita agar dia tidak sebak melihat anaknya menangis di saat dia ingin pergi kerja. Bagi seorang ibu, anakla segala galanya bagi dia. Biar hilang nyawa jangan hilang anak itulah prinsip yang sentiasa di sematkan di dalam hati seorang wanita yang bergelar ibu.

Namun, semakin kita meningkat dewasa kita sudah pandai untuk melawan kata kata ibu kita. Walaupon ada seketika kata kata kita mengguris hati ibu namun ibu hanya mendiamkan diri dan mencampakkan jauh jauh perasaan kecil hati itu atas dasar kasih sayang kepada anaknya. Ingatkah kita di saat kita menginginkan robot transformers mahupon patung barbie? Ibu tidak menghalang mahupon membantah permintaan kita malah dikotakan permintaan kita itu. Tetapi mengapa apabila ibu menginginkan secawan air kosong kita sanggup mengingkar arahan itu hanya kerna ingin menonton super spontan sedangkan air kosong itu hanya tidak sampai 5 meter pon jauhnya di dapur. Sedarkah anda di saat itu ibu tidak mengungkit pun sedikit hal tentang permintaan kita di masa lampau? Itulah kasih ibu. Tidak pernah mengungkit kerna dia tidak mengharapkan balasan dari anaknya cukuplah sekadar doa dan menjadi anak yang soleh.

Benar apa orang kata. Mengapa perlu ada Hari Ibu sedangkan bagi mereka setiap hari adalah hari ibu. Tapi adakah setiap hari anda menghargai ibu anda? Jika tidak di Hari Ibu inilah anda perlu tunjukkan penghargaan anda kepada ibu anda.  Ingatlah, hanya ada satu ibu di dunia ini dan percayalah tiada siapa mampu menggantikan ibu kita. Sentiasalah mengirimkan doa kepada ibu kita tidak kira di mana sahaja kita berada.

Ingatlah, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Jika anda masih tidak nampak syurga di bawah kaki ibu itu bermakna anda belum lagi menjadi anak yang baik kepada ibu anda. Paham2kanlah ye statement tu. Sekian. Akhir kalam daripada saya Selamat Hari Ibu.


p/s = I love you mama!

-Brader Yar


No comments:

Post a Comment