Wednesday 2 May 2012

Salam 1Belog!

Kehadapan makhluk yang bertenggek di hadapan laptop durjana, dengan tertubuhnya belog puaka yang durjana lagi maha jahanam ini gua menitahkan bahawa brader Yar (tayar) iaitu gua telah mendapat mandat daripada puteri mahsuri isteri kepada sultan zimbabwe area kajang untuk berkecimpung dalam kancah kebelogan ini. 'Dengan rasminya kawe mengisytiharkan hang sebagai beloger amatur' kata mahsuri.

Yaaaaaaaaaa, tu diaaaaaaaaa. Pertabalan brader yar sebagai beloger telah pun selamat dijalankan di padang jarak padang terkukur gunung daik jauh ketengah pulau pandan bercabang cabang. hahaha. tribute to brader fai kerana memproducekan blog puaka maha durjana ini. seronok jugak tengok dia gelakkan gua dekat post dia tu. hahaha. gua masih lagi berjinak jinak seperti babi hutan baru lahir dalam industri pembelogan ini. gua harap brader brader yang dah lejen boleh tolong gua untuk berkarya dalam alam maya karin ini. kahkahkah.

Gua bukanlah sapa sapa. anak hasil keintiman dan kasih sayang irwan dan liza. jejaka yang tampan, sasa, romantis dan berhati waja bukanlah sifat bagi lelaki puaka seperti gua. gua adalah seorang yang kering dalam bermadah dan agak minat finggering di twitter. itulah serba sedikit pasal gua. dan gua adalah satu satunya manusia di zaman teknologi kapitalis ini yang tidak ada pecebuk. hahahaha.

Gua rasa cukup sudah gua meraban dekat monitor ni. akhir kalam gua nak cakap kami iaitu brader yar dan brader fai akan menghasilkan karya karya agung lagi menusuk duodenum di belog ini. nantikan kisah kisah cinta, horror, thriller, trailer, kontraktor dan eskelator daripada kami. sekian wassalammmmmmmm.


-Brader Yar~

p/s: do follow me on twiterrrrrr @brader_yar

No comments:

Post a Comment