Sunday 13 May 2012

Kisah Ibu.

Salam 1Belog! serta Salam Hari Ibu buat ibu ibu sedunia!


Gua rasa sudah puas gua kabo pasal awek Kedah tu. Sekarang gua nak kabo pasal ibu pulak.

Gua bercita cita nak kabo pasal ibu gua. Namun gua yakin sepurnama pon belum tentu kisah gua tu siap kerna terlalu maha banyaknya pengorbanan ibu gua kepada gua. Takpalah. Bia gua kabo pasal ibu sahaja buat semua ibu di dunia ini. Bermulalah kalam gua. Nikmatilah dengan bertemankan gambar ibu anda ketika baca entri ini.

Tahukah anda sakit perit seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak yang telah dikendongnya selama 9 bulan tanpa lelah dan keluhan. Saat seorang anak itu dilahirkan saat itulah seorang ibu berasa gembira yang maha tinggi sehinggakan segala perit yang dialaminya sebentar tadi hilang bersama dengan peluh yang meleleh di dahinya. Di saat itu berbisik di dalam hatinya berdoa semoga anak yang dilahirkannya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

Seorang anak itu di jaga bagai menatang minyak yang penuh sehinggakan seekor nyamuk pun dilarang untuk bertandang ke tubuh kita yang disaat itu putih gebu seperti kapas. Saat kita merengek menangis ibu dengan perasaan kasih sayang mendukung kita dan mengusap kita dengan penuh kasih sayang. Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak kerenah kita yang sudah pasti dilayan sahaja oleh ibu kita tanpa sebarang bantahan mahupun larangan. Setiap kali kita terjatuh akibat tersungkur pada batu, ibu berlari lari anak mendapatkan kita yang di saat itu dalam tangisan. Demi menenangkan hati kita batu itu yang ibu marah. Masih ingatkah anda kejadian itu? Masih ingatkah anda kejadian di mana kita menangis tidak membenarkan ibu pergi kerja mencari nafkah? Keran ktidaksampaian hati ibu untuk meninggalkan kita ibu sanggup lewat ke kerja semata mata untuk melenakan kita agar dia tidak sebak melihat anaknya menangis di saat dia ingin pergi kerja. Bagi seorang ibu, anakla segala galanya bagi dia. Biar hilang nyawa jangan hilang anak itulah prinsip yang sentiasa di sematkan di dalam hati seorang wanita yang bergelar ibu.

Namun, semakin kita meningkat dewasa kita sudah pandai untuk melawan kata kata ibu kita. Walaupon ada seketika kata kata kita mengguris hati ibu namun ibu hanya mendiamkan diri dan mencampakkan jauh jauh perasaan kecil hati itu atas dasar kasih sayang kepada anaknya. Ingatkah kita di saat kita menginginkan robot transformers mahupon patung barbie? Ibu tidak menghalang mahupon membantah permintaan kita malah dikotakan permintaan kita itu. Tetapi mengapa apabila ibu menginginkan secawan air kosong kita sanggup mengingkar arahan itu hanya kerna ingin menonton super spontan sedangkan air kosong itu hanya tidak sampai 5 meter pon jauhnya di dapur. Sedarkah anda di saat itu ibu tidak mengungkit pun sedikit hal tentang permintaan kita di masa lampau? Itulah kasih ibu. Tidak pernah mengungkit kerna dia tidak mengharapkan balasan dari anaknya cukuplah sekadar doa dan menjadi anak yang soleh.

Benar apa orang kata. Mengapa perlu ada Hari Ibu sedangkan bagi mereka setiap hari adalah hari ibu. Tapi adakah setiap hari anda menghargai ibu anda? Jika tidak di Hari Ibu inilah anda perlu tunjukkan penghargaan anda kepada ibu anda.  Ingatlah, hanya ada satu ibu di dunia ini dan percayalah tiada siapa mampu menggantikan ibu kita. Sentiasalah mengirimkan doa kepada ibu kita tidak kira di mana sahaja kita berada.

Ingatlah, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Jika anda masih tidak nampak syurga di bawah kaki ibu itu bermakna anda belum lagi menjadi anak yang baik kepada ibu anda. Paham2kanlah ye statement tu. Sekian. Akhir kalam daripada saya Selamat Hari Ibu.


p/s = I love you mama!

-Brader Yar


Baru geletek sikit dah melatah.

Salam 1Belog semua. Sudah lama gamaknya gua tak post entri dekat belog maha puaka ni. Hari ini gua ada cerita yang ingin gua sampaikan. Macam biasalah cerita gua berdasarkan observation gua pada sekeliling alam yang maha indah ini. Okay, cerita gua berkisarkan manusia yang baru di provok sikit dah mula nak main pukul pukul, bawak gang satu lori jumpa belakang sekolah lepas tu main hempuk hempuk. Golongan manusia sebeginilah yang gua katakan 'Baru geletek sikit dah melatah'

Korang semua pasti tau ayat ayat brader brader puaka yang maha jilaka ini macam manakan. Di alam maya memang brader brader yang bajang macam kitaorang ni ayat ayatnya pasti menususk gall bladder dan mengandungi nilai sarkastik, sarcasm, sarkas, dan  sarbarudin yang maha tinggi. Memang sudah begitu lumrah kehidupan brader brader ni so bagi mereka yang tidak boleh terima harap jangan bercita cita untuk menatap entri entri kami. Salah satu medium yang menjadi lubuk mahupun sarang bertenggeknya brader2 puaka ini adalah di laman soooooooooSIAL twitter. Jikalau ada yang melihat tweet brader brader ini, segalanya menggunakan bahasa sinis, penis dan testis. Memang itulah gayanya seorang 'abang'.

Satu hari, gua telah mengeluarkan satu statement yang agak kasar dan lagi maha jilaka. Dan gua memang sedari statement itu pasti mengguris hati dan jantung sepasangan ini. Memang jilaka macam gua ni tak pikir perasaan orang sebab gua ni pon takda perasaan. So, gua pon tak tahu menahu macam mana statement gua tu boleh sampai kepada sepasangan itu yang gua tak mensi pon malah mereka pon tiada twitter. Gua pasti ada balaci yang membalacikan statement gua kepada sepasangan tersebut dan gua yakin sang balaci itu juga baca belog puaka ini. Tidak semena menanya berlakulah sedikit discussion antara gua dengan sepasangan tersebut dan gua dengan perasaan rendah diri dan bersalah gua pon mohon seribu ampun kepada sepasangan tersebut.

Yang menggelikan hati gua ialah, statement yang gua bangkitkan itu merupakan statement common yang melambak gua tengok dilaman twitter itu dan di laman laman sesawang yang lain. Gua baru keluarkan statement sebegitu dah mula nak main pukul pukul. Gua paham mungkin nak back up relationship gamaknya. Tapi bagi gua bergaduh kerana cinta sehingga merembeskan darah di saat dia bukan pon bini lu merupakan perkara yang bangang lagi jilaka malah maha bajingan bagi sesiapa yang melakukannya. Jika merasa terlalu matang gunakanlah alternatif lain. Bukan beradu tenaga yang maha lemah itu demi sesuatu yang belum tentu milik mu dan mungkin juga bukan milik mu.

So saranan gua dizaman kapitalis modenisasi ini, bukalah minda anda ke arah transformasi bak kata akak Arin. Akhir kalam, Gua baru geletek sikit dah melatah. Sekian.

P/S = balaci ialah pengadu atau informer yang jilaka. Kisah di atas tiada kena mengena dengan mana mana student dekat area cyber. Kalo sepasangan tu baca kalo ni pon terasa gua tak tahu nak cakap ape lagilah. Ahak.

- Brader Yar.

Sunday 6 May 2012

Ini Bukan Pengakhiran Buat Liverpool



Semalam gua bersesak sesak di bus stop berhadapan KLCC untuk mendapatkan bas bagi menunaikan sebuah janji. Gua janji nak balik rumah bagi menyaksikan final FA Cup bersama adik gua yang juga hardcore Liverpool. Itu jam, gua bersama seorang kawan baik.

Sampai sampai rumah, gua dengan semangat mandi mandi dan bersiap sedia menyarung jersi kelab kesayangan yang gua sanjung sejak 13 tahun dulu. Lu orang boleh kira kira berapa umur gua sekarang. Buat apa nak lepak mamak kalau rumah gua ada HD yang super clear? Jerawat Suarez dan bulu kaki Gerrard pun gua boleh nampak dengan jelas, siap boleh main kira kira lagi.

Awal awal lagi, gua dah dapat rasakan bahawa dua siamang peliharaan Chelsi iaitu Ramires dan Drogba seperti ada aura yang luar biasa dan wisel ditiup tanda sepak mula.

Well, gua dikejutkan dengan goal awal oleh si beruk Ramires seawal minit ke 11. Gua akui, memang silap pemain Liverpool yang begitu leka. Spearing terlepas bola, Enrique pulak seolah olah hilang punca. Reina, seorang goalie yang kini berada di hujung zaman kegemilangannya. Akhirnya, Chelsi lead a goal to nil until end of first half dan gua separuh gila itu jam. Dari sofa ke lantai, lantai ke sofa, dari ruang tamu ke dapur, lalu masuk pulak ke bilik bagi mengupdate twitter. Cilaka.

Start je second half, giliran Drogba si siamang Ivory Coast pulak menyumbat goal. Memang tepat ramalan gua, Drogba ni bahaya sebab dia selalu goal time time final macam ni. Drogba pulak memang banyak kali jadi pemusnah Liverpool tak kira dalam liga, mana mana cup, hatta sejak dia bermain di Marseille dulu pun dia dah mula berkecimpung dalam arena pemusnah Liverpool. Goal kedua memang tak sangka sangka, Reina sepatutnya boleh save bola tu, tapi disebabkan faktor usia barangkali, bola tu bergolek masuk dengan mudah. Mulut gua dah menyumpah nyumpah itu jam.

Big Andy masuk menggantikan Spearing. Dalam hati gua, " Carroll, please do something ". Sungguh gua berharap.

Tackle yang bersih daripada Downing, melorong bola kepada Carroll di hadapan goal. Carroll menyilangkan kaki memperdayakan Terry, si kapten racist. Dengan kaki kiri, Big Andy melepaskan sepakan padu terus ke gawang Chelsi. Cech terkedu, dan kedudukan 2-1. Gua menari menenagkan hati walaupun gua tahu masih belum boleh untuk bergembira. Permainan berbaki 25 minit dan asakan demi asakan terus diberikan oleh Liverpool kepada Chelsi. Player berbaju biru pulak hilang punca itu jam gua tengok sebab Liverpool yang control game dengan corak permainan yang mula bercambah.

" Come on Liverpool ! Come on ! ", itulah jeritan gua secara live dari Ampang.

Kelihatan penyokong Liverpool dan Kenny Dalglish di stadium jugak melaungkan kata kata yang sama untuk menaikkan semangat adiwira adiwira Liverpool di atas padang. Lagu Field of Anfield Road pulak tak payah cakap, sentiasa bergema sejak minit pertama perlawanan lagi.

Final final macam ni, kalau tak timbul kontroversi, memang tak syoklah gua syak. Minit ke berapa, gua lupa nak tengok masa time tu, cross cantik melengkung yang dilakukan oleh Suarez disambut dengan tandukan padu oleh Carroll tepat ke gawang Chelsi. Cech dengan pantas menampan bola keluar semula sebab dia tahu bola tu memang dah melepasi garisan. Penjaga garisan mengesahkan bahawa goal itu tidak dikira dan situasi menjadi tegang. Suarez dikenakan kad kuning kerana membantah keputusan referee. Tapi, bila tengok ulang tayang, memang goal tandukan Carroll tu, bola memang dah lepas line. Cilaka, bila jadi macam ni, semua nak rujuk law yang dikeluarkan oleh FIFA pasal goal ke tak goal. Gua perati sebelum ni, kalau jadi macam situasi ni, memang akan kira goal tak kesahlah team apa sekali pun terutamanya Menyu. Gua gila babi punya sedih itu jam.

Wisel penamat, kelihatan Lampard, Terry dan Drogba menari nari. Gerrard pulak menangis. Sedih gua, kecewa gua. Gua pujuk diri dengan mengatakan Liverpool takde rezeki. Ini bukan pengakhiran buat Liverpool, kekalahan macam nilah yang menjadikan Liverpool lebih kuat masa akan datang. Gua pun tak sanggup nak curang dengan Liverpool, 13 tahun tu gua syak boleh buat 3 4 orang anak jugaklah. Nasib baik Liverpool ni bukan golongan makwe. Keep The Faith and You'll Never Walk Alone.

Friday 4 May 2012

Joss Whedon, Chris Evans dan Brader Fai

Dan apabila Brader Yar duk sibuk ceghita pasai makwa Kedah dia, gua mengambil keputusan hanya untuk mendiamkan diri. Bak kata A.Samad Said, dalam diam, kumpulkan tenaga. Ya, memang gua sedang berkira kira untuk melepaskan tenaga yang gua kumpul dalam beberapa hari ni.

Kalau nak cakap pasal cinta, gua bukanlah orang terbaik yang patut dirujuk sebab gua tak pernah bercinta. Ya, gua memang noob dalam industri percintaan antara kaum adam dan hawa ni. Gua tak pernah lagi rasa macam mana jatuh cinta. Best ke? Kering ke? Basah ke? Orang kabor best, kadang kadang terbasah sikit sikit. Kadang kadang lah. Tapi kalau dah terbasah selalu, gua harap lu orang pergi kahwin cepat cepat lah. Gua tak sanggup lagi nak tengok lambakan bayi atau janin  bersepah sepah di sekitar Kuala Lumpur, tempat gua lahir ni. Gua dah lah sayang Kuala Lumpur ni, walaupun lubuk maksiat sekalipun. Cilaka, dua perenggan awal ni, serious je gaya penulisan gua. Ni yang buat gua tak senang duduk ni.

Semalam gua pergi tengok Avengers. Alaaa, takde lah best mana pun. Suam suam suku je gua tengok. Kakaka. Takdelah, gua nak cakap yang Avengers best gilo mengalahkan filem Ombak Rindu bak hang. Ombak Rindu best pun sebab ada Aaron Aziz dengan Maya Karin yang jadi peneraju utama. Buatnya posisi Aaron diganti dengan Zed Zaidi, manakala tempat Maya Karin dirampas oleh Sharifah Aini atau Rafeah Buang, gua syak Zed Zaidi akan senyum lebar.

Kenapa Joss Whedon tak terfikir untuk mengetengahkan hero hero Melayu seperti Aaaron Aziz atau Harun Salim Bachik lantas mengangkat mereka sebagai barisan pelakon dalam Avengers? Contohnya, cuba bagi peluang dekat Aaron Aziz untuk jadi Hulk, dan bagi watak Spiderman kepada Harun Salim Bachik walaupun gua tahu Spiderman takde pun dalam Avengers tu. Barulah hidup filem Avengers ni. Nak tambah power lagi, kasikkan aje Afdlin Shauki jadi Thor, confirm terkekek kekek gelak. Avengers yang pada mulanya mendominasi genre berunsur aksi akan mula bertukar kepada komedi. Haa, gua syak, tunggu lagi setahun, akan ada pulak filem Avengers versi parody seperti yang dilakukan dalam Vampire Suck yang cuba menganjing Twilight.

Tapi Joss Whedon silap sebab bagi watak Captain America dekat Chris Evans. Tak tenteram gua tengok wayang semalam sebab makwe keliling sebok memekik, "Awwww, hensemnye Captain America ", takpun " Kalaulah aku dapat kahwin dengan Captain America, aku taknak keluar rumah. Aku nak duduk rumah layan dia je ". And I was like, what thee fuuu mengggg. Tahulah Chris Evans tu hensem dan membuatkan gadis gadis sunti basah sentiasa. Tapi engkorang pernah kenal Brader Fai tak? Haa, kalau belum kenal siapa Brader Fai, gua nasihatkan, jangan duk agung agungkan sangat Chris Evans tu. Takut takut, nanti termakan diri. Tak sangka entri Brader Fai kali ni penuh emosi yang mengangkat diri.

Thursday 3 May 2012

Di saat hatiku gersang~




Salam 1belog semua. Harini abam nak setori satu setori. Lu orang tengok tajuk di atas mesti korang da pikir bukan bukan. haaaaaaa. tidak tidak tidak. no no no. gersang bukan bermakna abam ni gersang. Lu orang penah dengar band Gersang tak yang meletup dengan lagu masih aku terasa? Ade dorang buat lagu Mais aku terasa burit mu? Ade? Takde kan so gersang di sini maksud abam adalah kering. Macam mane hati abam boleh kering itu yang abam nak setori mori arini.

Abam dulu dah penah bercinta dengan seorang makhluk tuhan ni selama 8 tahun korang tau x? Sejak dari sekolah rendah lagi abam da kapel dengan dia ni. Sepanjang tujuh tahun semuanya baik baik belaka, segalanya berjalan lancar, licin, lurus dan padu. Namun untuk tahun kelapan banyak betei dugaan dan cabarannya. Ada je benda yang dia buat tak kene dekat retina abam ni dn apa saja abam buat ada je yang tak kena dekat retina dia. Sampai satu tahap tu hati abam terlalu sakit hingga merebak ke pancrease dan gall bladder abam. phuiiit. Ada cili tersekat pulang kat gigi abam ni. Haha.

Akhirnya kitaorang tak mampu lagi menahan siksa yang maha besar ini dan maka terlerailah ikatan yang diikat selama 8 tahun. Haa. Apa lu orang pikir cinta yang bertahan lama tu cinta sejati? Abam tak berapa setuju dengan pendapat korang. Masa tu abam memang kecawa tahap gaban. Dunhill abam boleh habiskan sekotak dalam 2 jam. Rekod baru dalam hidup abam. Tak lama lepas tu abam jumpa pulak dengan sorang awek ni kat tempat keje abam. Pada mulanya kitorang hanya teman tapi mesra dan abam tak tahu entah celah zubaidah mane tah abam boleh kapel plak dengan dia. haaaaaa.

Kapel punya kapel, duit abam da jadi duit dia. Gaji abam da macam masok akaun dia je gayanya. Last2 abam dapat tahu dengan kepala bana abam sendiri yang dia curang. Jujur abam cakap masa tu abam rasa nak siat2 vagina pastu bakar buat bbq. Namun abam masih lagi mampu berpikiran waras. Abam maki dia dengan kata kata yang maha celaka lagi maha jahanam dan setat masa tu abam rasa dia la perempuan yang paling jilaka lagi maha hina pada pandangan abam. Dan setat pada masa itu juga lah abam mula anti gila babi dekat pempuan yang keje fast food sampai sekarang lagi2 pizza hut. Eh!.

Dengan terjadinya sejarah hitam itu hati abam mula tawar untuk bercinta dan abam kunci hati abam dari perempuan lain dan kunci tu abam tanam belakang rumah abam bawah pokok strawberry. Setat dari saat itu abam menjadi heartless. Rokoklah peneman jiwa dan sanubari abam. Pergi mana mana kalo tengok kapel berdating abam tak rasa apa. Tak rasa teringin apatah lagi bernafsu. Abam layan semua pempuan sama je tak kira lawa ke atau muka macam indon belakang 7 eleven dekat jalan chow kit.

Walaupon hati abam tertutup rapi dari segala godaan wanita namun suatu hari setelah abam mula sambung belajar hati abam mula berbisik untuk minta dibuka. Sebab apa? sebab ada sorang awek Kedah telah berjaya menggali kunci dekat bawah pokok strawberry belakang rumah abam. Pada mulanya abam agak takut kerana trauma atas kejadia silam yang bangang lagi pukimak itu. Namun perlahan lahan abam membuka hati abam itu untuk di isi. Akhirnya hati abam telah dicuri oleh awek kedah itu. Sekarang abam berbahagia bersama dengan awek kedah ni dan abam yakin dialah insan bernama wanita yang abam cari dan di saat itulah hati gersang abam mula berbunga ibarat tanah gersang yang disirami dengan air paip dari pili bomba.

-brader yar

NING Baizuri dan vokalis band GIGI

Di sebuah tempat yang di kelilingi bangunan bangunan pencakar langit, terdapat dua orang musibat yang sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak berhampiran dengan pusat kareoke berhadapan dengan kedai emas jalan ampas. Mereka kelihatan sungguh akrab dan intim namun mereka bukanlah pengamal homoseksual yang jilaka. Seorang daripada mereka berambut lebat dan berKENING nipis dan seorang lagi yang duduk berhadapan dengannya memiliki GIGI yang amat cantik. Mereka kelihatan seperti sudah lama berkawan dan mungkin menjalin hubungan yang lebih akrab lagi. Merekalah si NING baizuri dan vokalis band GIGI.

Mereka merupakan sahabat baik dan telah memenangi anugerah best buddies dalam satu event anugerah kecemerlangan pelajar di sekolah tamil simpang lima. Persahabatan mereka terlalu utuh sehinggakan tiada apa pun mampu menggeletarkan tali persahabatan mereka. Mereka juga terkenal dengan sifat bahana dan puaka mereka iaitu memuji. Mereka terlalu hebat dalam memuji sehinggakan seorang sahabat mereka yang berasal dari timur zimbabwe sering terasa dengan pujian mereka yang melambung tingginya. Namun, benar kata orang orang tua 'sahabat baik kita juga adalah musuh ketat kita'.

Pada suatu hari, GIGI melayari laman sosial tweetok dan menjalankan rutin sehariannya dengan meneweet ayat ayat pujian yang indah dan suci di timelinenya.NING pada saat itu keluar menelaah pelajarannya di perpustakaan negara sebelah tesco jalan ampangan.Niat GIGI hanya ingin bergurau, dan dia telah memuji NING di timelinenya dengan mengatakan bahawa NING mempunyai kening yang amat cantik. Perkara itu diketahui oleh ramai sahabat sahabat mereka dan mereka juga mengujahkan pujian itu apabila bertemu NING. NING berasa hairan dengan gelagat sahabat sahabat dia yang memuji keagungan keningnya yang maha mulia dan akhirnya dia mendapat tahu bahawa yang memulakan pujian ini adalah GIGI.

Tanpa berfikir pnjang, NING terasa hati dengan pujian yang telah di madahkan oleh GIGI. NING berasa marah dengan apa yang berlaku dan lantas mengisytiharkan Silent Treatment ke atas GIGI. GIGI agak menyesal dengan apa yang berlaku dan cuba untuk meminta maaf kepada NING namun kerana keegoan yang terlalu tinggi seperti bukit broga GIGI tidak meminta maaf malah membiarkan sahaja NING terluka dan kecewa. Sejak daripada saat itu mereka tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertentang mata. Jika NING di utara maka di selatanlah GIGI akan duduk. Begitulah keadaan mereka hingga sekarang.

Persahabatan yang dulunya utuh, kukuh, suluh, dan buluh retak pecah hanya disebabkan oleh kata kata yang maha tinggi nilainya hingga mampu menusuk jiwa raga sanubari seseorang manusia. GIGI sudah nekad untuk tidak lagi memuji NING di masa hadapan dan NING pula menerima segalanya dan berharap agar GIGI memohon maaf kepadanya kerna dia sudi untuk menerima GIGI semula. Namun di atas keegoan seseorang dalam diri masing masing telah menghalang mereka untuk menjalin semula hubungan yang telah retak itu. Sama sama kita doakan agar hubungan mereka terjalin semula.

- Brader Yar

p/s : kisah ini hanya rekaan semata mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupon yang sudah mati. Pujian dalam entri di atas adalah bermakna bahanan atau membahan.

Wednesday 2 May 2012

Zayn Malik Bukan Siapa Siapa



Pada tanggal 12 Januari 1993, telah lahir seorang bayi di tengah tengah bandaraya Bradford. Seorang bayi yang dikatakan bakal membawa sinar kejayaan. Zayn Javadd Malik, atau lebih senang dikenali dengan nama Zayn Malik. Dia sebenarnya takdak kaitan langsung dengan Ziana Zain, Anuar Zain, Malik Noor, Malik Maidin mahupun apam balik. Yang ada kena mengena dengan budak Zayn ni ialah One Direction atau Wonne Direction (versi tamil) aje sebenarnya.

Seperti budak budak lain, Zayn Malik lahir dalam keadaan normal. Cuma satu sahaja yang tak normal, Zayn Malik dikatakan mula menindik telinga sejak berumur 2 tahun lagi. Dan sepanjang dia hidup, hanya dua kali sahaja dia menanggalkan tindik di telinganya itu. Pertama ketika dia terpaksa membedah telinga kerana tersumbat labah labah dalam telinga. Satu lagi ketika majlis pertunangan abangnya, Zayn Mydin. Lain lain hari, dia tidak akan sesekali menanggal tindiknya itu. Baginya, tindik telinga itu sangat seksi. Celah mana yang seksi pun gua tak tahu.

Zayn Malik tidak bersekolah. Malah, dia tak pernah kenal pun apa itu sekolah. Baginya, tak berbaloi belajar ilmu ilmu dunia ni, baik belajar ilmu ilmu akhirat seperti ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tajwid. Masanya banyak dihabiskan bersama geng geng gay onne directionnya yang lain iaitu, Louis Tomlinson, Liam Payne, Niall Horan dan Harry Styles. Siapa cakap gua kenal Zayn Malik je? Siapa kabor? Mereka lebih gemar lepak di pusat pusat hiburan dan bermain arcade. Mereka jugak suka berkaraoke. Kadang kadang, ada jugak mereka terserempak dengan Mus May dan Rahmat Ekamatra yang turut sama berkarok.

Walau pun tak bersekolah, Zayn Malik memiliki ramai kenalan perempuan. Zayn Malik dikatakan sangat popular di fesbuk kerana dia gemar ambik gambar sendiri sambil posing ala ala gay depan camera. Sebelum dia terjebak dalam dunia nyanyian, maksud gua, dunia miming lagu atas stage, Zayn Malik terlebih dahulu telah mendapat tawaran untuk menjadi model dalam majalah gay iaitu Boyz Magazine di UK. Dia dikatakan sangat seksi dan memiliki tubuh ala ala Elton John gitu. Namun, apa kan daya, Zayn Malik tolak mentah mentah, kerana dia tahu itu semua kerja yang tidak sihat dan kurang menguntungkan. Lebih baik dia menceburkan diri dalam bidang miming lagu atas stage, lagi untung dan dapat popular dengan segera.

Perempuan mana yang tidak basah tengok Zayn Malik yang jambu lagi seksi? Lagi lagi bila dapat tengok badan Zayn yang tak berapa nak ketul tapi tetap anggun tu. Omnomnom. Mohon dilancarkan dokumentari khas tentang Zayn Malik seperti Justin Bieber : Never Say Never. Gua syak, akan meningkat kes penceraian di muka bumi ni sebab geng geng Makcik Bedah dengan Makcik Selamah pun minat si Zayn ni.    

From Jitra with love

Kelang, sebuah kota metropolitan yang dianggap sebagai hutan konkrit menjadi tempat berjimba seorang makhluk tuhan yang sadis bernama Syazwan. Syazwan menetap disebuah rumah berhampiran stesen minyak shell di hadapan kedai nasi ayam pak johnny di kelang. Syazwan merupakan seorang lelaki awal 20-an bekerja di Pizza Hot area pelabuhan kelang bersebelahan dengan kedai keranda ah beng. Syazwan mengambil kerja separuh masa di situ sambil menunggu tawaran sambung belajar dalam jurusan dentistry. Nak dimulakan cerita, syazwan mempunyai seorang marka ditempat kerjanya namun hubungan mereka terlalu sulit lagi menyulitkan dan terselit selit. ini semua kerana kehendak pasangannya yang mahu hubungan mereka disembunyikan buat sementara waktu. syazwan amat lemah lutut dan usus apabila bersama dengan kekasihnya. segala permintaan kekasihnya akan syazwan turuti sehinggakan segala wang gaji hasil titik peluhnya yang menitik nitik itu diberikan kepada kekasihnya atas alasan ingin membantu kekasihnya yang kesusahan. namun dia tidak tahu bahawa ada 'maggi di sebalik tudung saji' yang di rahsiakan oleh kekasihnya.

Setelah 3 bulan meredah badai percintaan yang menyiksakan Syazwan mendapat tahu bahawa kekasihnya itu berlaku curang padanya dan tanpa semena menanya Syazwan terus berhenti kerja dan hanya menanam anggur yang tak tumbuh tumbuh di rumahnya. keesokan harinya, syazwan dikejutkan dengan bunyi hon motosikal EX-5 keluaran tahun 2005 berwarna merah bernombor plate TBE 456 milik posmen sedang bertenggek di hadapan pagar rumahnya. syazwan dengan hanya bersarungkan boxer renoma hadiah daripada jirannya bergegas keluar untuk mengambil surat yang dilambaikan oleh posmen itu. sebaik sahaja menggenggam surat itu syazwan melutut dan menitikkan air matanya ke atas surat itu. posmen yang kelihatan hairan bergegas pergi dari situ takut2 menjadi mangsa keadaan. rupa rupanya surat yang diterima adalah dari MARAK (majlis amanah rakyat kedekut) dan surat itu menyatakan bahawa syazwan mendapat tawaran sambung belajar ke CUCMST (cybergaya university college of medical sciences and technology) dengan bantuan biasiswa. Dengan hati yang gembira dan berbunga syazwan segera masuk ke rumah dan mengkabokan khabar berita ini kepada ibunya dan segera dia membuka labtop vaio nya dan mengupdate status tentang tawarannya itu. Syazwan akan melapor diri di campus itu pada kelusaan harinya.

Hari yang dinanti telah tiba, setelah mengangkut barang masuk ke dalam kereta Otas miliknya dia segera menderum ke tempat yang di tuju. Hatinya berbunga bunga seperti taman bunga yang dihiasi dengan bunga kerana dapat menyambung pelajaran.Setibanya di sana dia mendaftarkan diri dan mengambil segala keperluan yang diberikan dan pulang ke hostel di cyberia semakhomes.Esok akan bermula sesi pembelajarannya di situ. Syazwan begitu seronok kerana dapat bertemu dengan sahabat baru yang durjana lagi maha jahanam. semuanya satu kepala bana dengan dia dan dia amat seronok belajar di situ. Setelah seminggu dia berjimba di situ datang seorang makhluk tuhan bernama Adibah yang berasal dari jitra, kedah.

Syazwan mula mengstalk adibah melalui pecebuk dan secara teorinya syazwan telah terpikat dan jatuh hati malah jatuh kerusi melihat Adibah. di saat itulah bermulanya bunga bunga cinta layu di pusara eh ni lirik lagu misha omar, maaf. Di saat itulah bermulanya bunga bunga cinta di dalam hati Syazwan. Namun syazwan tersedar dari lamunannya dan terkenang kisah silamnya yang pahit kurang garam, Syazwan bertekad untuk menjadi seorang yang heartless dan tidak akan mudah tewas ke tangan kaum hawa. Namun sudah lumrah manusia di dunia ini, cinta itu sukar ditolak. Syazwan sedikit demi sedikit membenarkan perasaan itu bertakhta di sudut hatinya yang dulu telah calar dan diguris dengan belati tajam dan perasaan itu dengan sendirinya merawat luka di hati syazwan perlahan lahan.

Dalam diam Adibah juga menaruh perasaan terhadap syazwan yang sadis itu. Mungkin disebabkan sikap syazwan yang baik hati dan selalu menemaninya dan membantunya membuatkan dia juga jatuh hati malah jatuh tangga terhadap syazwan. Syazwan sungguh bahagia apabila berada di samping adibah. Adibah mempunyai ciri ciri wanita yang dia ingini dan lama kelamaan dia mula menerima adibah dengan sepenuh hatinya. Tanggal 7 haribulan oktober tahun tikus(kalendar cina) dengan rasminya mereka menjadi pasangan kekasih di dunia ini. Pada mulanya Syazwan agak takot untuk berdeclare dengan adibah kerna trauma dengan kisah silamnya yang sering menghantuinya di waktu tidur. Namun disebabkan keikhlasan adibah yang maha mulia syazwan memberanikan diri untuk menempuh cabaran percintaan yang maha mencabar ini.

Bermulanya satu chapter baru dalam diri Syazwan dengan hadirnya Adibah ke dalam hidupnya. Ternya ta Adibah membawa banyak perubahan dalam dirinya dan dia benar benar bersyukur dipertemukan dengan insan yang bidadari pun belum mampu menggantikannya. Di saat itu Syazwan bernaked maaf bernekad untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin dan berharap agar jodoh mereka berpanjangan dan berkekalan dunia akirat.

Itulah kisah cinta seorang insan yang tewas dalam percintaan namun dipertemukan dengan seorang insan yang hadir untuk membawa sinar kebahagiaan dalam dirinya. FROM JITRA WITH LOVE <3~~

-Brader Yar~

p/s : kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup ataupan yang sudah mati.

Hana Tajima vs Hana Tajadi.



Salam 1belog!

Gua ada benda nak kabo kat engkorang ni. Gua yakin lu orang semua mesti kenal sapa itu Hana Tajima dan korang mesti tertanya tanya sapa itu Hana Tajadi? haaa. ini yang gua nak kabo sebenarnya. dalam dunia yang maha luas ini hanya ada seorang sahaja insan, gadis, wanita, perempuan atau perawan yang bernama Hana Tajima namun terdapat ramai  insan, makhluk, gadis dan yang sewaktu dengannya yang digelar Hana Tajadi.

Ape yang gua nak kabo ialah Hana Tajima amat terkenal disetiap pelusuk dunia hingga ke pelusuk jamban sekalipon oleh kerana gaya tudung yang ditampilkan oleh beliau. Memang tidak dinafikan atau dibantah gaya tudung beliau memang bergaya dan cantik ibarat bulan di kelilingi bintang di tengah malam sunyi di tepi sungai kelang.haha. namun, apa yang menggelikan hati gua adalah ada segelintir insan yang cuba mengadaptasikan gaya itu terhadap diri mereka akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Seperti yang gua lihat semalam di midveli. kiri kanan depan belakang atas dan bawah boleh dikatakan semuanya ala ala Hana Tajima dan gua tak nafikan ada sesetengah yang memang lawa. sayang seribu kali sayang ada sesetengah daripada mereka itu yang gua lihat seperti minah rempit yang eksiden di jalan ampang yang cedera di kepala akibat terhentak di papan tanda berhenti di hadapan petronas jalan ampang. haha. lilit kemain lagi dekat kepala tu kalo boleh nak bagi nampak macam ninja dalam ninja assasin pulak. haha. mereka inilah yang gua gelar Hana Tajadi!. gua yakin dorang ni dulu budak pengakap sebab budak pengakap memang mahir bab lilit lilit ni. haha.

Gua bukan nak kutuk ke ape, gua nak kabo je. gua tak halang pon bukannya gua marah pon dorang pakai macam tu. itu adalah hak asasi masing masing. gua cuma heran dengan gaya dorang ni yang macam nak membunuh diri dengan cara yang maha siksa. gua takot lemas je tengok dorang tu. mane tau esok keluar metro 'seorang wanita mati lemas di alamanda kerana lilitan di kepala' ataupon 'lilitan memakan diri' haha. so, gua nak kabo kat sini nak lilit tu simple2 sudehhh. memang ade yang gua tengok agak lawa menggayakan gaya yang maha siksa ini. namun jangnlah terlalu menggayakan hingga menyeksa sanubari dan jiwa raga diri sendiri mahupon orang yang melihatnya.

Gua rasa itu saja yang gua nak kabo. gua mohon takde yang terasa kalo ade yang terasa padan muka. haha. sekian saja madah daripada gua. teruskanlah perjuangkan gaya tudung yang maha siksa ini. renungkan dan selamat temenung.

-Brader Yar

Salam 1Belog!

Kehadapan makhluk yang bertenggek di hadapan laptop durjana, dengan tertubuhnya belog puaka yang durjana lagi maha jahanam ini gua menitahkan bahawa brader Yar (tayar) iaitu gua telah mendapat mandat daripada puteri mahsuri isteri kepada sultan zimbabwe area kajang untuk berkecimpung dalam kancah kebelogan ini. 'Dengan rasminya kawe mengisytiharkan hang sebagai beloger amatur' kata mahsuri.

Yaaaaaaaaaa, tu diaaaaaaaaa. Pertabalan brader yar sebagai beloger telah pun selamat dijalankan di padang jarak padang terkukur gunung daik jauh ketengah pulau pandan bercabang cabang. hahaha. tribute to brader fai kerana memproducekan blog puaka maha durjana ini. seronok jugak tengok dia gelakkan gua dekat post dia tu. hahaha. gua masih lagi berjinak jinak seperti babi hutan baru lahir dalam industri pembelogan ini. gua harap brader brader yang dah lejen boleh tolong gua untuk berkarya dalam alam maya karin ini. kahkahkah.

Gua bukanlah sapa sapa. anak hasil keintiman dan kasih sayang irwan dan liza. jejaka yang tampan, sasa, romantis dan berhati waja bukanlah sifat bagi lelaki puaka seperti gua. gua adalah seorang yang kering dalam bermadah dan agak minat finggering di twitter. itulah serba sedikit pasal gua. dan gua adalah satu satunya manusia di zaman teknologi kapitalis ini yang tidak ada pecebuk. hahahaha.

Gua rasa cukup sudah gua meraban dekat monitor ni. akhir kalam gua nak cakap kami iaitu brader yar dan brader fai akan menghasilkan karya karya agung lagi menusuk duodenum di belog ini. nantikan kisah kisah cinta, horror, thriller, trailer, kontraktor dan eskelator daripada kami. sekian wassalammmmmmmm.


-Brader Yar~

p/s: do follow me on twiterrrrrr @brader_yar

Mukaddimah

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Bersatu dari Negara Negara Bersatu Afrika telah menitahkan gua agar membuat sebuah blog yang power lagi maha ekselan. Maka dengan itu semalam gua telah bermimpi akan seorang wanita gemuk cantik yang datang memberi pembayang kepada gua. Kata perempuan itu " hendaklah kamu menamakan belog kamu itu dengan nama nama yang baik seperti Belog Brader Brader ". Gua terjaga daripada tidor lantas berpeluh peluh. Gua terus membuka laptop, dan terus create akaun blog yang baru. Tanpa berfikir panjang yang bakal membuatkan gua stress mengalahkan Alex Ferguson yang tewas di tangan Roberto Mancini, gua pun menamakan belog ini dengan nama, Belog Brader Brader.

Dalam Belog Brader Brader atau lebih ringkas, 3B, gua akan berkolaborasi dengan seorang lagi puaka yang berasal dari ceruk hutan belangkas Klang Bandaraya Hitam yang dikenali sebagai Brader Yar (Tayar). Pada asalnya, idea penubuhan blog ini merupakan idea Brader Yar sendiri. Dia dikatakan dengan angkuh mahu membuat blog dan mahu bergerak sendiri, padahal tak pernah terjebak dengan dunia blog pun. Kakaka. Maka dengan itu, gua, Brader Fai datang dengan ikhlas ingin menghulur bantuan. Gua cadangkan agar kami berdua beradu tenaga dalam usaha memajukan belog yang baru nak up ni. Brader Yar setuju tanpa sebarang bantahan. Partner macam ni yang gua nak. Kehkeh.

Ekceli, gua dah dapat hidu bau bau puaka si Brader Yar ni dah lama dah. Melihat pada gaya twit twitnya di twitter yang saling tak tumpah gaya abang abang, gua rasa, dia ni boleh pergi jauh dalam dunia penulisan. Katanya, banyak benda yang nak dikaryakan. Kita tengok, kita tengok. Amaran, gua tak jamin belog ni nais nais belaka sebab gua yakin akan ada unsur unsur sarkastik, perlian, cacian, makian, berlian dan serbuk jintan. Jadi, tabahkan hati, bukak minda anda, tarik nafas dan hembus.

-Brader Fai