Wednesday 2 May 2012

From Jitra with love

Kelang, sebuah kota metropolitan yang dianggap sebagai hutan konkrit menjadi tempat berjimba seorang makhluk tuhan yang sadis bernama Syazwan. Syazwan menetap disebuah rumah berhampiran stesen minyak shell di hadapan kedai nasi ayam pak johnny di kelang. Syazwan merupakan seorang lelaki awal 20-an bekerja di Pizza Hot area pelabuhan kelang bersebelahan dengan kedai keranda ah beng. Syazwan mengambil kerja separuh masa di situ sambil menunggu tawaran sambung belajar dalam jurusan dentistry. Nak dimulakan cerita, syazwan mempunyai seorang marka ditempat kerjanya namun hubungan mereka terlalu sulit lagi menyulitkan dan terselit selit. ini semua kerana kehendak pasangannya yang mahu hubungan mereka disembunyikan buat sementara waktu. syazwan amat lemah lutut dan usus apabila bersama dengan kekasihnya. segala permintaan kekasihnya akan syazwan turuti sehinggakan segala wang gaji hasil titik peluhnya yang menitik nitik itu diberikan kepada kekasihnya atas alasan ingin membantu kekasihnya yang kesusahan. namun dia tidak tahu bahawa ada 'maggi di sebalik tudung saji' yang di rahsiakan oleh kekasihnya.

Setelah 3 bulan meredah badai percintaan yang menyiksakan Syazwan mendapat tahu bahawa kekasihnya itu berlaku curang padanya dan tanpa semena menanya Syazwan terus berhenti kerja dan hanya menanam anggur yang tak tumbuh tumbuh di rumahnya. keesokan harinya, syazwan dikejutkan dengan bunyi hon motosikal EX-5 keluaran tahun 2005 berwarna merah bernombor plate TBE 456 milik posmen sedang bertenggek di hadapan pagar rumahnya. syazwan dengan hanya bersarungkan boxer renoma hadiah daripada jirannya bergegas keluar untuk mengambil surat yang dilambaikan oleh posmen itu. sebaik sahaja menggenggam surat itu syazwan melutut dan menitikkan air matanya ke atas surat itu. posmen yang kelihatan hairan bergegas pergi dari situ takut2 menjadi mangsa keadaan. rupa rupanya surat yang diterima adalah dari MARAK (majlis amanah rakyat kedekut) dan surat itu menyatakan bahawa syazwan mendapat tawaran sambung belajar ke CUCMST (cybergaya university college of medical sciences and technology) dengan bantuan biasiswa. Dengan hati yang gembira dan berbunga syazwan segera masuk ke rumah dan mengkabokan khabar berita ini kepada ibunya dan segera dia membuka labtop vaio nya dan mengupdate status tentang tawarannya itu. Syazwan akan melapor diri di campus itu pada kelusaan harinya.

Hari yang dinanti telah tiba, setelah mengangkut barang masuk ke dalam kereta Otas miliknya dia segera menderum ke tempat yang di tuju. Hatinya berbunga bunga seperti taman bunga yang dihiasi dengan bunga kerana dapat menyambung pelajaran.Setibanya di sana dia mendaftarkan diri dan mengambil segala keperluan yang diberikan dan pulang ke hostel di cyberia semakhomes.Esok akan bermula sesi pembelajarannya di situ. Syazwan begitu seronok kerana dapat bertemu dengan sahabat baru yang durjana lagi maha jahanam. semuanya satu kepala bana dengan dia dan dia amat seronok belajar di situ. Setelah seminggu dia berjimba di situ datang seorang makhluk tuhan bernama Adibah yang berasal dari jitra, kedah.

Syazwan mula mengstalk adibah melalui pecebuk dan secara teorinya syazwan telah terpikat dan jatuh hati malah jatuh kerusi melihat Adibah. di saat itulah bermulanya bunga bunga cinta layu di pusara eh ni lirik lagu misha omar, maaf. Di saat itulah bermulanya bunga bunga cinta di dalam hati Syazwan. Namun syazwan tersedar dari lamunannya dan terkenang kisah silamnya yang pahit kurang garam, Syazwan bertekad untuk menjadi seorang yang heartless dan tidak akan mudah tewas ke tangan kaum hawa. Namun sudah lumrah manusia di dunia ini, cinta itu sukar ditolak. Syazwan sedikit demi sedikit membenarkan perasaan itu bertakhta di sudut hatinya yang dulu telah calar dan diguris dengan belati tajam dan perasaan itu dengan sendirinya merawat luka di hati syazwan perlahan lahan.

Dalam diam Adibah juga menaruh perasaan terhadap syazwan yang sadis itu. Mungkin disebabkan sikap syazwan yang baik hati dan selalu menemaninya dan membantunya membuatkan dia juga jatuh hati malah jatuh tangga terhadap syazwan. Syazwan sungguh bahagia apabila berada di samping adibah. Adibah mempunyai ciri ciri wanita yang dia ingini dan lama kelamaan dia mula menerima adibah dengan sepenuh hatinya. Tanggal 7 haribulan oktober tahun tikus(kalendar cina) dengan rasminya mereka menjadi pasangan kekasih di dunia ini. Pada mulanya Syazwan agak takot untuk berdeclare dengan adibah kerna trauma dengan kisah silamnya yang sering menghantuinya di waktu tidur. Namun disebabkan keikhlasan adibah yang maha mulia syazwan memberanikan diri untuk menempuh cabaran percintaan yang maha mencabar ini.

Bermulanya satu chapter baru dalam diri Syazwan dengan hadirnya Adibah ke dalam hidupnya. Ternya ta Adibah membawa banyak perubahan dalam dirinya dan dia benar benar bersyukur dipertemukan dengan insan yang bidadari pun belum mampu menggantikannya. Di saat itu Syazwan bernaked maaf bernekad untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin dan berharap agar jodoh mereka berpanjangan dan berkekalan dunia akirat.

Itulah kisah cinta seorang insan yang tewas dalam percintaan namun dipertemukan dengan seorang insan yang hadir untuk membawa sinar kebahagiaan dalam dirinya. FROM JITRA WITH LOVE <3~~

-Brader Yar~

p/s : kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup ataupan yang sudah mati.

2 comments:

  1. xde kene mengene le sangat tu kann :P moge kekal yee Syazwan dgn Adibah. hihohihohiho~ untunglaa ade orang syg :P

    ReplyDelete
  2. Kita sama sama doakan mereka bahagia. Hehe.

    ReplyDelete